Wednesday, September 26, 2007

PENDAPAT PERIBADI

Aku punya pemikiran yang terbuka terhadap sesuatu yang tentu nya berdasarkan kepada ilmu yang ku punyai serta pengaruh persekitaran termasuk teman taulan. Aku cuba membebaskan diri ku pada pengaruh yang tidak rasional yang hanya berpura-pura pada kehadiran nya dan bersifat mementingkam diri sendiri. Namun adakala aku tertipu juga dengan kepalsuan serta keperpuraan manusia. Dengan itu aku tersalah pegangan lantas aku bingkas bangkit membetul kan pegangan ku.

Aku ada jumpa beberapa doa yang sohih dari Nabi sallallahualaihi wasalam yang dibaca nya semasa tahiyat akhir. Doa nya adalah seperti berikut;

Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan: pertama:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا
وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276) kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762). ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang."
(Bukhari 6181 dan Muslim 6819).




....

Hari ini 28 September 2007 ini orang sibuk membicarakan hal adik Nurin yang berusia 8 tahun. Dia mati di bunuh minggu lalu. Kemaluan nya (perempuan) dikatakan telah dimasukan dengan terung dan timun. Memang amat kejap perilaku pembunuh tersebut. Selang beberapa hari dari penemuan mayat adik Nurin polis telah melakukan beberapa tangkapan. Heran pulak aku bagaimana dulu nya polis tiada idea apa untuk membuat apa-apa pun tapi hari ini dah dapat 4 orang. Beberapa hari kemudian seorang lagi (perempuan) di tangkap. Cekap betul polis Malaysia.

Aku merenung episod tangkapan ini, bagaimana ia dilakukan. Apa yang aku nampak ialah polis nampak nama-nama orang yang di tahan ini dari SMS yang mereka hantar kepada bapa arwah adik Nurin. Hanya kerana sms mereka sahaja mereka telah ditahan reman selama 7 hari tapi kira nya mereka bernasib baik kerana telah di bebaskan selepas 3 hari terpenjara.

Demikian lah mudah nya nak tangkap orang. Aku rasa tangkapan itu hanya wayangan untuk menyedapkan hati Rakyat Malaysia yang lara.

24 Oktober 2007 kes adik Nurin maseh lagi tergantung. Budak-budak yang gambar mereka keluar dalam cctv dah menyerah diri tapi polis kata mereka tak ada kes untuk di tahan.

Pandai polis kita buat buat sibuk bila orang tanya bila nak tangkap penjahat. Polis akan tangkap beberapa orang dan rakyat akan menarik nafas panjang tanda lega tapi selang beberapa hari orang yang kena tangkap itu akan di bebaskan. Kesian mereka terpaksa jadi kambing hitam semata mata untuk memelihara kredibiliti polis konon nya.

Dah 2 minggu raya tapi maseh ramai melayu merayai raya. Mercun maseh berdentum sejak awal ramadhan lagi dan ikut adat hanya akan tamat pada akhir syauwal. Kalau perlu akan di berikan masa tambahan lagi. Begitu juga dengan rumah terbuka.

Mewah orang melayu di malaysia ini dalam bab makan dan hiburan.

..

Friday, September 01, 2006

Sendiri Punya

Norisman Ismail adalah nama
telah di anugerahkan oleh atok nya
sebagai cucu kedua kepada Andak Ratin

Nama abah Ismail bin Amin bin ....
punya teruk sampai nama moyang pun tak tahu
itu lah kelemahan sistem di negeri sembilan
atau pun memang kelemahan diri aku sendiri
nama uwan sebelah abah punya ingat, ingat lupa
agak nya .....


Nama emak Norgayah bin Andak bin Ratin
nama uwan sebelan emak ialah Ara binti Manap

semua nama-nama ini telah tiada di muka bumi ini
Mereka telah kembali ke Rahmatullah
Semuga Allah mencucuri rahmat nya keatas roh mereka semua.

amiiiin